SELAMAT TAHUN BARU (GONG XI FAT CAI) Hari ini merupakan sambutan tahun baru bagi rakan dan sahabat saya yang beragama Buddha. Kegembiraan hari ini adalah kegembiraan buat kita semua bagi rakyat Malaysia. Disebalik kegembiraan ini, saya mendapat panggilan dari sahabat saya yang bernama `Sotong` Drummer. Beliau menalipon pada jam 6am. Entah kenapa waktu ini saya belum tidur. Katanya Richard Hoon meninggal Dunia. Sejak dari itu saya berfikir nama Richord Hoon ini. Saya pernah dengar namanya tetapi belum pernah jumpa secara langsung. Lalu dengan segera saya buat carian dalam internet. Ternyata nama RH ini sangat sinonim dengan penerbit dan artis pada awal 70an lagi. Lalu sedikit penyelidikan telah saya buat dan ianya berdasarkan dari kutipan beberapa pengkalan data yang saya baca dan ingin saya kongsikan. Pada tahun 1975 RH telah mula merakamkan album secara solo bertajuk “Richard Hoon On His Yamaha” dibawah label Miilion Records. Sebanyak 13 lagu yang dirakamkan antaranya; Leaving On A Jet Plane, Soley Soley, You Don’t Have To Say You Love Me dan lain-lain lagi. Pada tahun yang sama juga RH telah merakamkan empat Album SOLO dibawah label Miilion Records. Sekitar tahun 1977 Syarikat rakaman Regal Record menerbitkan sebuah album yang bertajuk ` Richard Hoon And His Keyboard Music`. Turut selepas itu pada tahun 1978 RH merakam 12 lagu dibawah label EMI yang bergenre Jazz, latin, Funk/Soul dan Pop. Tawaran dari syarikat rakaman yang ternama seperti WEA juga memilih RH bagi merakamkan lagu kanak-kanak dibawah genre folk, world dan Country. Disebalik beberapa kejayaan yang dicapai beberapa artis terkenal tanahair mendapat sentuhan penciptaan dan gubahan muzik beliau seperti DJ Dave dalam album CAHAYA 1977 menerusi dua lagu; Indahnya Pantai dan Titisan Embun Pagi. Sekitar tahun 1978 tiga penyanyi terkenal Noorkumalasari (KAU DALAM INGATAN), RH bertindak sebagai penggubah muzik; penyanyi Hail Amir (APA JAWABNYA), lagu ini diangkat menjadi tajuk pada kulit album tersebut. Selain lagu `Hanya Tanda Tanya` dan penyanyi Rozita yang bernaung dibawah EMI dengan tajuk album (HARI YANG KU NANTIKAN) dimana RH berperanan sebagai penggubah muzik. Terakhir pada 1988 RH dijemput sebagai pemain piano dalam album solo Sahara Yaacob (JAWAPAN). Karier RH sebagai pemuzik, pencipta dan penggubah bukan sahaja di Malaysia malah turut merakamkan lagu untuk beberapa artis dari Singapura dan Hong Kong. Menerusi whatsapps yang saya baca Datuk Mokhzani ada mengatakan RH pernah berkerja dibawah Orkestra RTM. Bagi saya pula, berita kematian RH telah membawa fikiran saya lebih jauh untuk mengetahui siapakah RH… Terimakasih Richard Hoon (22hb Januari 2023) Dengarkan Lagu Getaran Jiwa oleh Mendiang Richard Hoon yang sungguh luarbiasa. Dari Meja Tulis, RAFI MOHD UM 2023 src="https://www.youtube.com/embed/Ir7a1LuTRds">

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini