HALANGAN PEMUZIK SEPANJANG COVID19

NUKILAN 19/10/2020 Universiti Malaya 9:56pm 

HALANGAN PEMUZIK SEPANJANG COVID19

Bertemu kembali setelah hampir bertahun saya tidak menulis sesuatu disini. Seperti kita ketahui serangan covid19 semenjak pertengahan bulan Mac telah memberikan reaksi yang terkesan kepada seluruh warga muzik terutama Pemuzik. Tidak kira pemuzik yang bergaji mahupun pemuzik bebas. Ramai kawan-kawan saya mengeluh dari hal ini. 

Dunia muzik sedang berubah kepada suatu bentuk dan corak yang tidak terfikir sama sekali,umpamanya semenjak krisis ini berlaku, ramai pemuzik memulakan sesuatu seperti mengadakan persembahan dalam bentuk 'live' streaming. Tidak terkecuali saya juga terlibat dalam memberikan fokus dalam menambah content Youtube channel saya. Content ini telah saya buat mulai dari tahun 2009 lagi tetapi saya membuatnya secara suka-suka sahaja. Namun disebalik kejadian covid19 ini, banyak perkara yang saya pelajari antaranya; menyediakan content atau bahan , belajar menyediakan Tumbnail, proses editing di studio saya dan banyak lagi. kegembiraan saya melihat hasil dari content ini tidak dapat saya kongsikan kerana rasa sedih menyelubungi perasaan saya apabila mendapat berbagai khabar berita tentang kawan-kawan saya di luar sana yang sedang atau lebih menderita dengan tiada punca pendapatan.

Ramai pihak yang juga berusaha mencari jalan dalam membantu dan mencipta berbagi peluang kepada rakan-rakan muzik, banyak juga insentif dari kerajaan yang cuba mengurangkan beban publik termasuk para pemuzik. Sudah pasti ini sangat membantu tetapi tidak melegakan. Kehidupan mesti di teruskan. 

Jika dilihat dari kesan covic19 ini sudah pasti banyak kesan dalam pelbagai sudut bukan saja muzik tetapi budaya dan sosial juga menampakkan kelainan. Keterbatasan pergerakkan adalah menjadi keutamaan dalam situasi begini, sudah pasti banyak tempat-tempat hiburan, temasya dan pertunjukkan di batalkan. lalu masyarakat khasnya mencari alternatif lain bagi mencari sesuatu untuk kepenuhan hiburan jiwa. Manakala pemuzik pula cuba menghiburkan dalam wadah atau platfom yang mudah seperti facebook. Mereka ini saban hari cuba mencari hasil pendapatan dengan memberikan hiburan bersama memaparkan nombor akaun bank peribadi atau kumpulan mereka. Lambakkan persembahan ini boleh dilihat hampir 24 jam dan sepanjang Mac sehingga Julai 2020. 

Menjadi agar hairan juga bagi saya kerana tiada penglibatan dan tawaran dari negeri-negeri di Malaysia ini seperti turut sama berduka cita bergabung untuk diam. Hal ini bagi saya sangat merugikan kerana saya menjangkakan pasti ada jalan keluar pada setiap masalah. Saya percaya kepada kebijakkan Menteri, Pengarah ataupun pegawai, kerana mereka ini digajikkan untuk berfikir. Cuma saya lihat hanya pihak RTM dan juga JKKN yang mengambil inisetif untuk memberikan peluang para pemuzik mengadakan persembahan dalam rancangan mereka.

Perkara yang saya ingin kaitkan ialah, kenapa tidak dari dahulu lagi kerajaan memikirkan untuk memberikan kebebasan kepada setiap negeri bagi mengelolakan TV dan Radio sendiri, kerana bagi saya jika ianya dilakukan sudah pasti dalam situasi yang sebegini akan ada lebih banyak peluang para pemuzik, buan itu sahaja akan tetapi tempat dan ruang peniaga koporat, pengiklanan akan turut sama membantu mecapai kemajuan dan penglibatan bukan saja pendapatan tetapi ekonomi negara pasti juga terkesan sama. Jika di ambil satu Bandar besar seperti Klang umpamanya sudah pasti peniaga-peniaga sederhana di lingkungan Bandar itu boleh memasarkan produk mereka dan kesempatan ini boleh juga di rasai oleh para pemuzik untuk memberikan hiburan yang berbayar dan berjadual seperti mana yang telah diamalkan oleh pihak RTM. Semestinya ini yang berlaku. 

Sekian dahulu buat sementara waktu.

Jumpa Lagi. 

Ulasan

  1. Bagi saya pengkarya masih boleh mengeluarkan produk mrk melalui access yg sedia ada selain dr media maya secara fizikal jg ada caranya inshaallah, secara kritisnya peranan bapak2 menteri kita apply lah sendiri iaitu 'berfikir' setidak tidaknya utk diri sendiri jua.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini